AIR ALKALI



APAKAH kelebihan air alkali?

Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.

Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. 

Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.

Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:



1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan

Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.


Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.


Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.


Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.


2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan


Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.


Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.


3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air


Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.


Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.


Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.


4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali


Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui 
punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.

Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.


5. Penawar kepada masalah kesihatan


Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.

Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul

Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.

Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.

Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

7. Air alkali membantu pengurangan berat badan

Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.

Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.

Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air mineral beralkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral dan alkali yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

Penapis air CUCKOO menghasilkan air bersih yang kaya mineral dan alkali ringan, air sihat yang menepati piawaian WHO untuk air bersih yang sesuai untuk tubuh manusia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan